Monday, January 9, 2017

2017, 24 & finally updated

Assalamualaikum

Tak terlambat lagi nak wish Happy New Year kan? Hihi

Alhamdulillah, dah masuk 2017. Tahun demi tahun. Macam macam berubah. Orang sekeliling, hati, kematangan (aceceh), cara fikir, cara nilai orang, ilmu, family (tambah ahli) & segala macam lagi! Ada yang baik & ada yang buruk. InsyaAllah, tahun ni masuk 24 tahun. Jadi lepas ni kena jadi lebih penyabar, matang, penyayang & hopefully lebih dekat dengan Allah Azza Wa Jalla.

Alhamdulillah, dah habis degree tahun lepas, bulan 8. 4 hari lepas tu, terus start kerja. Jadi guru sementara (guru ganti). Memang pengalaman yang paling berharga. Kalau cerita bab gaji, memang la tak berapa sedap nak dengar hahaha sebab dapat gaji level diploma (since time apply tu belum lagi dapat result & transcript degree) tapi pengalaman & kasih sayang yang dapat dari anak- anak murid tu memang tak boleh nak explain. Bila stress (yeke stress ni hahaha) tengok ja muka anak- anak murid, terus hati berbunga. Sejujurnya, ya. Sangat happy dapat mengajar. Sambil kongsi ilmu (walaupun tak banyak), sambil dapat saham akhirat InsyaAllah.

Jadi, untuk 2 bulan pertama, dapat mengajar Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam, Penaga. Jauh sikit dari rumah. Dapat mengajar Bahasa Inggeris, Sejarah & Sains (hehehe teacher Salwa). Lepastu, dapat Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas. Yang ni sangat dekat dengan rumah so rileks ja keluar kerja lambat hahaha. Memang best rupanya mengajar, so terniat la nak buat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Fikir time tu, takpa la tak jadi pensyarah, cikgu pun kerja mulia. malangnya, lepas godek Mr Google, KPLI rupanya dah tak wujud. Hehe takpalah memang takda rezeki nak jadi guru.

Hujung bulan 12, dapat interview invitation untuk sambung Master UiTM. Kalau tak silap (sorry kalau silap) UiTM memang tawarkan kepada student yang dapat result ok time degree walaupun student tu tak apply pun untuk sambung Master. Kali pertama dapat offer, memang terpaksa pejam mata. Lagipun time tu tengah struggle dengan final exam kat sabah. Tak sedih pun sebab memang tak minat kos yg tu hehe. Kali kedua dapat, Alhamdulillah! Kos yang memang aku suka. Master in International Relations and Diplomacy. So dah settle dengan interview bulan lepas. Harap dapatlah jadi student lagi bulan 3 ni (konon mcm hadiah birthday kat diri sendiri letteww). At least, selangkah dekat dengan cita cita (cewah). Insyaallah la. Kalau Allah izinkan. Kalau tak, takpa InsyaAllah banyak lagi rezeki kat jalan lain yang Allah dah tetapkan. Tapi bila check balik yuran dia MashaAllah hahaha

Jadi untuk 2017 ni, dah set dalam kepala otak, tahun untuk majukan diri. To make myself valuable. Tahun untuk appreciate diri sendiri. Tahun untuk family. Sebelum ni dah terlampau banyak buang masa dengan benda yang tak sepatutnya. Bila fikir balik, masa yang dah terbazir tu takkan dapat balik. Sangat merugikan.

Untuk kawan- kawan yang dah jauh sekarang, especially kawan- kawan UiTM KK - aku tetap doakan yang baik untuk kalian. Bff hidayah, Mek Sya, Ecah, Fiza, Ikma, Nabila, Nurul, Farhana, Dayang, Nana, Lily, thank you so much sebab ada dari dulu. Time kita dekat & sampai sekarang dah jauh. Kerja baik- baik.  xx

No comments: